projek kad hari guru...

hari ni semua murid pendidikan khas sibuk menyiapkan kad hari guru.... meh kita view sama2 ape yang sempat kami snap sepanjang aktiviti ini berlangsung...




menggentel kertas


dah siap gentel, barula boleh tampal...


cikgu asiah membimbing khairul hazriq menampal kertas pada kad


kak jie dan aiman haikal


fikri mambantu cikgu naza menghias kad 


dah hampir siap.....


sentuhan terakhir dari cikgu naza..




mohd hasif membantu cikgu naza


ape la yang lucu sgt tu.....




inilah hasilnya....




selamat hari guru....

selamat hari guru cikgu...

assalamualaikum.....

16 mei kini kembali lagi... saban tahun tarikh ini adalah tarikh yang di tunggu oleh semua guru2 di seluruh dunia..   mana taknya.... masa ni kita akan lihat cikgu cikgi akan pulang dengan hadiah yang banyaak... anak murid pulak akan sampai tak cukup tangan nak usung hadiah untuk cikgu cikgi kesayangan mereka.... masa ni lah kita nak tengok cikgu sapa yag paling DISAYANGI... hehehe...

tapi itu situasi bagi guru aliran perdana.... berbeza dengan cikgu cikgi di pendidikan khas... hadiah tidak pernah menjadi keutamaan.... tambahan pula anak2 khas ini tidak  faham apakah dia maksud di sebalik 16 mei ini... namun hati kami tidak pernah tersinggung...memadai perkembangan2 positif mereka dari hari ke hari... dari TIDAK MENGENAL HURUF kini SUDAH TAU MENGEJA... dari TIDAK MENGENAL NOMBOR kini SUDAH PANDAI MENGIRA... dari HANYA TAU MENGEJA kini SUDAH PANDAI MEMBACA... 

kini 16 mei kembali lagi... janji kami kepada anak2 kesayangan kami.. kami  akan terus mendidik dan membimbing kalian menjadi insan yang berguna kepada  agama, bangsa dan negara. kami sangat sayang pada kalian semua... kepada semua warga pendidik... marilah kita sama2 menghayati tema hari guru pada tahun ini.. GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA...

  

Lawatan ke Muzium Roti, silverbird

salam ukhuwah buat semua.... 


kami kembali setelah sekian lama menyepi... niat kami untuk update blog ni tiap2 hari.. tapi setakat ni tak dapat nak kotakan lagi... hehehehe..


rasanya masih belum terlambat untuk kami mengucapkan selamat datang dan selamat beertugas kepada guru2 baru baru berpindah ke PPKI SK Jalan u3 ini.. Kepada Cikgu Ermi yuliana (SK Bukit Rahman Putra), Cikgu Noraini (SK SS19), dan Cikgu Asiah(SK seksyen 20) selamat bertugas....


Pada Hari Khamis (10. 05.2012) yang lalu, Semua murid, guru, PPM dan PK Koko telah menyertai  lawatan ke Muzium roti yang terletak di Silverbird, seksyen 21, Shah Alam.. pelbagai ilmu dan pengalaman telah diperolehi... InsyaAllah... berikut adalah beberapa gambar2 kenangan yang menjadi agenda wajib apabila bersiar2.. meh kita view same ye...


suasana di dalam bas...
Azmi dan fauzan
Wong Xuan Rong & Ilhan Afif

Double Irfan.. Irfanuddin & Irfansyah

 Wan Mohd Danial Faris & Zahiruddin

shafiq & Irsyadduddin

Sangerie & Sitti Nur Saffura Akmam

Muhammad Fikri

Muhammad Fikri & Hariharan


Siti Nurzalikha & Norshafiqa


Muhammad Alauddin &l khairul Hazriq

Shakira Zulaikaha & Nurul Eirdina

Cikgu Asiah & Kak Jie...

Yang Depan Cikgu Ermy.. Yang Belakang Cikgu Noraini..

yang ni... Cikgu Zila...

Ni bukan dalam panggung wayang tau...
Ni kat panggung Silverbird..
sebelum masuk muzium kene tgk  slide sejarah roti ...

Tekun nye... 

ni la "kakak" yang jd touris guard kami...
thank you kakak hi5..

zahiruddin, Husna Hadhirah & Nurul Eirdina..

antara slide yg smpat di snap

azmi yang kontrol macho...

tekun nya cikgu naza...

Roti semasa zaman Georgians..

Cara menghasilkan semasa zaman georgians..

habis dah lawatan ke muzium...
semasa dlm muzium, tidak dibenarkan snap gambar...

Wong Xuan Rong...


Tunggu turn nk shopping roti...
tamat sudah sesi lawatan ke muzium roti ini... Di dalam muzium roti, mmg best.. sayangnye, kami tidak di benarkan untuk mengambil mengambil gambar... kami telah di dedahkan dengan  pelbagai alat2 yang pernah di gunakan untuk membuat roti dari zaman dahulu sehingga sekarang.. banyak sungguh alat2nya... susah juga org2 pada zaman dahulu nk menghasilkan roti.. huhuhu 

Selepas itu, kami juga di bawa melawat ke kilang roti Hi5.. berbeza dengan zaman dahulu, cara membuat roti kini lebih mudah dengan adanya pelbagai mesin membuat roti... di dalam Kilang itu, kami di tunjukkan dengan cara membuat roti dari Mula hingga roti di bungkus.. Roti yang di jual di kilang juga lebih murah berbanding dengan yang di jual di kedai.. kami juga telah menerima goody pack dr hi5.. thank you hi5...

cukupla setakat ini dulu entri ini.. jumpe lagu next entri.. bbbbaaaabbaaaiii..